PENGENALAN TELEKUNG DAN KURUNG HAKMAT

Assalamualaikum semua...

Dengan Bismillahirrahmanirrohim kami mengambil kesempatan ini memperkenalkan jenama telekung dan kurung Hakmat yang masih baru bertapak. Bermula dengan perniagaan kecilan dari rumah dan menyertai event-event membuatkan jenama Hakmat ini mengambil langkah berani memberanikan diri membuat perubahan didalam perniagaan iaitu melalui e-commerce.

KENAPA E-COMMERCE

Pada tahun ini dunia telah dikejutkan dengan  penularan covid dan banyak memberi kesan kepada banyak peniaga-peniaga yang mempunyai butik dan premis perniagaan. Untuk jangka masa yang panjang jenama Hakmat akan lebih banyak menumpukan perhatian secara online untuk bersama-sama pesaing lain dalam menawarkan pelbagai pilihan telekung dan kurung. 

BAGAIMANA JENAMA HAKMAT DIBERI NAMA

"Hakmat" didalam bahasa arab adalah "Hikmah" dimana diambil sempena nama founder jenama ini. Since makna itu memberikan maksud yang baik, kami berharap ia dapat memberikan keberkatan didalam perniagaan ini.

OBJEKTIF

" WORTH OF BUYING" itulah yang kami ingin tekankan dalam memperkenalkan jenama Hakmat. Didalam memperkenalkan jenama ini, kami lebih cenderung menawarkan telekung dan kurung yang eksklusif, cantik, kemas, berkualiti dan paling best adalah mampu milik. 

FUTURE PLAN

Jenama Hakmat tidak akan hanya menumpukan kepada kurung dan telekung sahaja. InsyaAllah jenama ini akan pelbagaikan keluaran produk-produk wanita yang lebih kepada "worth of buying"  mengikut permintaan dan peredaran masa.